Saturday, 21 April 2012
Pernikahan dan perkahwinan . :)
Pernikahan atau Perkahwinan .
Warkah dari hati ke hati , moga kita saling memahami erti sebenar pengorbanan jiwa dalam perkahwinan .
Pernikahan atau perkahwinan .
Menyingkap takbir rahsia wanita , isteri yang kamu nikahi tidak semulia khadijah , tidak setaqwa Aisyah pun tidak setengah Fatimah . apatah lagi secantik Zulaikha . Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita - cita SOLEHAH .
Pernikahan atau perkahwinan .
Mengajar kita punyai tanggungjawab BERSAMA ,
Isteri menjadi tanah , kamu jadi penaungnya ,
Isteri ladang tanaman , kamu pemagarnya ,
Isteri kiasan ternakan , kamu pengembelanya ,
Isteri adalah murid , kamu gurunya ,
Isteri bagaikan anak kecil dan kamu tempat bermanjanya .
Bila wajah bertukar paksi .
Saat isteri menjadi madu , kamulah penawar bisanya .
Seandainya isteri tulang yang bengkok , berhati - hatilah meluruskannya .
Pernikahan atau perkahwinan .
Membawa sejuta rahmat .
Mengingatkan kita perlunya IMAN & TAQWA , untuk belajar meniti sabar redha dari ALLAH swt . kerana memiliki isteri yang tidak sehebat mana .
Justeru kamu bernama lelaki , akan tersentak dari alpa . kamu bukanlah rasullah pun bukan saidina ali . Tapi kamu cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH .
P/s : Sayangilah rumahtangga yang dibina atas dasar cinta & keikhlasan . Setiap perhubungan pasti ada dugaan . jadi anggap lah dugaan itu adalah satu ujian untuk menguji kekuatan kita mengawal hal rumahtangga . :) tq
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment