Assalamualaikum. Okay kali ni entry saya buad luahkan dari hati sendiri, hati seorang isteri yang berjauhan dari suami ketika susah dan senang, saya harungi berseorangan. Hati saya kuat demi seorang cahayamata Nur iman, cahaya keimanan yang saya ada. ALHAMDULILAH, dugaanNYA hebat. Tapi saya hadapi dengan penuh kekuatan.
Seorang isteri hanya perlu taat pada kata-kata suami. Jauhkan apa saja larangan yang disuruh, dengar kata-katanya. Hmm, sebaik-baiknya tempat isteri disisi suami kan? tapi, bila isteri jauh suami jauh. Mesti macam-macam dugaan kan? okay, susa nak terima kan? sangat susa. Tapi jika hati kite kuat. Selalu berdoa. " Ya Allah kuatkan hatiku, tetapkan hatiku ini Ya Allah. Permudahkan jalan hidupku ini. Semoga hatiku kuat tetap hanya untuk satu-satunya suamiku. suami yang akan memimpin ku disyurga, INSYAALLAH. Tuhan akan akan tetapkan hati kita sebagai seorang isterikan? takpe, mungkin sekarang hidup kita ni penuh bermacam-macam dugaan, kalau kita kuat tuhan mesti bagi kita lebih kebahgiaan kan. Jadikan jela dugaan tu ujian dari Allah. Semua Isteri inginkan kasihsayang dari suami, walau jauh mana pun suami nya. Dia masih berhak menerima kasihsayang suami, cuma terpulang pada si suami jika ia menyanyangi isterinya, dia tidak akan mengabaikan tanggungjawabnya, mengabaikan hal rumahtangganya. kerana siapalah seorang suami itu, tanpa doa seorang isteri. Suami dan isteri memerlukan restu masing-masing. Mungkin disebabkan sesuatu masa lalu, suami tidak menerima si isteri, tapi bile si isteri melayannya seperti seorang raja kenapa tidak si suami melayan seorang isteri itu seperti permaisuri. Kerana setelah diijabkabul, suami perlu mencintai menyanyangi siapa isterinya sekarang. bukan siapa isterinya yang SEBELUM. Renung-renungkanlah, tiada manusia yang sempurna didunia ini. Sedangkan lidah lagi tergigit, apetah lagi hidup berumahtangga.
Pokok pangkalnya. HATI KITA. :')
SEKIAN, TERIMA KASIH. ^^
No comments:
Post a Comment